“Puteri Sarah Tersenyum..”- Baru Je Keluar Dari Dewan Perbicaraan, Akhirnya Ini Keputusan Diambil Syamsul…

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebutan kes penceraian yang difailkan isterinya, Puteri Sarah Liyana pada pagi Selasa.

Syamsul tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi ditemani peguam dan beberapa individu dipercayai pengawal peribadinya.

Pengarah filem The Original Gangster itu tampil mengenakan sut hitam lengkap bersongkok dan berkaca mata hitam kelihatan tenang ketika melalui petugas media yang menantikan kehadirannya di mahkamah.

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof ambil keputusan enggan memberikan sebarang kenyataan sebaik sahaja keluar daripada Dewan Bicara.

 

Syamsul sempat menyapa petugas media dan secara berseloroh memberitahu sudah lama suaranya tidak didengari.

Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah nekad memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Syamsul di mahkamah sama.

“Assalamualaikum. Lama dah tak dengar suara Syamsul, kan?,” katanya sebelum berlalu pergi memasuki dewan mahkamah.

Sebutan kali pertama hari ini juga adalah sehari sebelum ulang tahun perkahwinan kesembilan pasangan berkenaan yang jatuh pada 8 Mac 2023.

Kemuncak pergolakan rumah tangga pasangan ini berlaku apabila pada 6 Januari lalu, Syamsul mengakui sudah bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.

Puteri Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.

Hasil perkahwinan mereka, Syamsul dan Sarah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.