"InnalilahiwainailaihirojiunšPelakon Abby Abadi memaklumkan bapanya, Abdul Manan meninggal dunia pada usia 87 tahun...",-
Berita duka tersebut dikongsikan bekas anggota kumpulan Elite itu menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kapsyen, Abby meluahkan kata-kata penghargaan dengan mengakui bahawa Allahyarham merupakan bapa yang baik dan bertanggungjawab terhadap anak-anak.
āTerima kasih Allah untuk 87 tahun ini. Saya bersaksi bahawa ayah ini menjaga saya dengan baik & menjalankan tanggungjawab sebaiknya kepada anak-anaknya.
āBanyak sifat baik ayah, tapi yang dapat dekat saya ialah ayah suka bersedekah, walaupun tak banyak mana, tapi ayah suka berbelanja untuk memberi pada org lain.
āMemang ada yang kurang sebab ayah anak ramai.. tapi untuk bahagian saya, saya merasa cukup. Terima kasih ayah. Sungguh adik rindu,ā tulisnya.
Walau bagaimanapun, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu tidak berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit dihadapi oleh arwah bapanya.
Difahamkan, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur selepas waktu Zohor tadi.
Terdahulu, media melaporkan ibu Abby iaitu Hasnah Abu meninggal dunia selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan pada Oktober tahun lalu.
Sumber: Instagram Abby Abadi, OMM
Anda mungkin menyukai postingan ini :
- āPuteri Sarah Tersenyum...ā,- Baru Je Keluar Dari Dewan Perbicaraan, Akhirnya Ini Keputusan Diambil Syamsulā¦
- āSaya bukan nak belakangkan Mak Ayah..saya.. ā Baru sahaja naik Mahkamah pasal cerai⦠Syamsul Akhirnya buka mulut kenapa Nikahi Ira Kazar..
- "Saya Mimpi Lepas Istikharah....",-Puteri Sarah
- āHidupmu Hampir Hancur, Pulanglah Ke⦠āSelepas anaknya berkiblatkan Kazar.. Tak sangka Ibu Syamsul titip pesanan iniā¦