“Masa itu ramai yang tak tahu lagi, saya sendiri yang..” rupanya Neelofa Dah lama tahu Tak sangka ini tindakan Neelofa kepada Ira Kazar


Di sebalik kekalutan melanda kehidupan Puteri Sarah, selebriti popular Neelofa rupa-rupanya sudah mengetahui kewujudan orang ketiga dalam rumah tangga pelakon tersebut.

Menurut laporan mStar Online, selebriti berusia 33 tahun itu mengakui tidak sanggup sekiranya melalui masalah sebegitu tetapi memuji ketabahan Puteri Sarah dalam berdepan dugaan tersebut.

“Kita borak banyak tentang hal ini. Sampai satu masa, saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli terhadap awak (Puteri Sarah).
“Masa itu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam, apatah lagi awak yang kena lalui. Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat,” katanya.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi perkara berkenaan menerusi ruang komen posting terbaharu milik Puteri Sarah di laman Instagram.

Selain itu, Neelofa juga menganggap Puteri Sarah sebagai seorang penyabar kerana masih menjaga aib suaminya selain mendoakan yang terbaik untuk pelakon berkenaan.

“Satu perkara yang saya amat-amat terkesan, despite apa jadi awak sangatlah nak jaga rumah tangga awak, awak jaga aib suami dan banyak mengalah.
“Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan, setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagiaan yang berterusan,” ujar bekas pengacara MeleTOP itu.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di mahkamah dan dua aduan di pejabat agama terhadap seorang wanita bernama Ira Kazar yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan suaminya iaitu Syamsul Yusof.

Untuk rekod, dia berkahwin dengan pengarah tersohor itu pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

“Masa itu Ramai yang tak tahu lagi….saya Sendiri yang.. ” Rupanya Neelofa Dah lama tahu pasal ‘penyondol’ ,… Tak sangka ini tindakan Neelofa kepada Ira Kazar..

Sumber: mStar / r-pg