Dikatakan kahwin 5 kali, sekali netzen jumpa semua vdeo lama bekas tunang Zarina Anjoulie


Nama bekas tunang pelakon Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey menjadi bualan hangat ramai apabila hubungan mereka dikatakan sudah terputus di pertengahan jalan walaupun usia pertunangan belum cecah sebulan.

Walaupun sudah terputus, namun sesi meluahkan perasaan mengenai hubungan mereka masih sedang berlangsung apabila masing-masing tidak ketinggalan ‘memuntahkan’ isi hati yang terbuku.

Zarina atau mesra disapa Anju mendedahkan ego adalah punca keretakkan hubungan percintaan mereka dan mengakui masih sayang pada Khazrul.

Malah, Anju juga meminta agar bekas tunangnya itu untuk menjadi seorang ‘gentleman’ dan menghubunginya sekiranya mahu menyelesaikan masalah di antara mereka.

Dah kahwin 5 kali…

Sementara itu, terdapat netizen mendedahkan bekas tunang Anju itu jelas mempunyai banyak ‘red flag’ selain didakwa pernah berkahwin sebanyak lima kali.

Selain itu, mereka turut mendedahkan video majlis pertunangan dan perkahwinan lama Khazrul yang dimuat naik di laman YouTube, yang kini dibanjiri ramai penonton.

Bukan itu sahaja. video percutian di Reykjavik, Iceland bersama seorang wanita yang memaparkan mereka sedang bercumbuan turut tular.

Ternyata, netizen memang arif dalam bab membongkar kehidupan lampau seseorang! Apa-apa pun, diharapkan agar permasalahan Anju dan Khazrul dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin selain menganggap ia adalah dugaan bertunang.

Sumber: ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.