“Bergelak Ketawalah, Ada Yang Ejek Ini Jenaka” – Ali Puteh Beritahu Apa Yg Dia Dah Buat Dengan ‘Barang’ Penabur


Semalam, pelawak Ali Puteh mendakwa menjumpai taburan garam kasar, kulit limau, daun yang dah dicarik serta bangkai mengkarung di sekeliling rumah selepas kakak iparnya, Hidayah, pulang.

Pelawak ini mengucap panjang bertanyakan motif amalan khurafat itu dibuat. Ali berkata dia sama sekali tak takut dengan barang-barang yang ditabur itu meskipun dia harus mrti.

Difahamkan, pada pagi Jumaat Hidayah dan keluarga datang bersama peguam ke rumah peninggalan arwah Abam Bocey namun tak disambut penghuni rumah.

Video perkongsian Ali Puteh itu bagaimanapun telah dipadam kurang satu jam selepas ia dimuat naik. Perkara itu dah tentu menimbulkan tanda tanya orang ramai sama ada betul ke dakwaan tu.

Terbaru, pelawak ini berkata, ada yang meninggalkan komen sindir serta menganggap taburan garam limau dan bangkai yang dijumpainya itu sebagai mainan.

Handal dengan ilmu Allah berikan untuk bantu orang. Bukan handal dengan ilmu untuk aniaya orang.

Dah Pulang Barang Penabur

Namun katanya, orang ramai tak akan faham selagi tak kena pada diri mereka sendiri. Peserta program Raja Lawak musim ke- 6 ini turut meninggalkan pesan kepada ‘penabur barang’ bahawa dia dah pulangkan ‘pemberian’ tersebut.

Terdahulu Ada Netizan tampil beri penjelasan, jawab persoalan di timbulkan Ali Puteh

Waris dtg kau tak keluar time org datang tu kenapa .. main lato lato ke dalam rumah tu haa.

Dekat video dia tadi , dia ckp

1. Dia x thu motif kak ipaq dia mai.
(Dah tu adik kau x bukak pintu jemput. Mmng la kau x thu. Satu lgi dayah mai sejam. Dah tu adik kau x reti call ke waktu dia ada. Dah blah baru nak call?) hahaha

2. Pasal ada garam kasaq dan kulit limau. Katanya dayah dan ayahnya tabur. (Tp komen semua x caya)

3. Ali ckp bukan dia duk. Tp adik dia. adik dia ada anak kecik lgi.

4. Dia tunjuk binatang mcm biawak kecik tu mati tak ada kepala. (tapi komen ckp.. rumah pun semak. Mmng la binatang byk mati)

5. Dia pi ckp lak yg dia malas nak buruk-burukkan org tapi waktu dia kemas bilik arwah (dia ckp ye dia bukan selongkar) dia jumpa benda (syirik)

6. Dia ckp cukup cukup la buat abang dia menderita dgn apa si dayah buat. (Yg ni aku x blh brain dah 🙄)

7. Dia mengaku dia kalah dan akan bayar secara ansuran. Tp dayah ckp masih tiada bayaran.

8. Oh! Dia ada ckp. “Allah x ajar mcm ni” sambil pgng garam kasaq dan limau. Tp ramai komen yg bahan2 tu mmng dalam islam kan ada ajar untuk elakkan benda halus , buang benda x elok. So ramai marah ali ckp mcm tu.

Dan ali… Allah swt ada ajar. Tak baik ambik hak anak yatim ye. Sbb dosanya sgt besar dan berat.

Solutionnyaa.. Ali nak buat plan B tapi plan dia x jadiii. Kena kecam kaw kaw dkt komen. Haih 🤣🤣

kredit:hmetro

Kredit: Instagram Syed Ali, omm