Walaupun Selalu Kena Kec4m, Ali Puteh Jual Baju Tidur Kanak-Kanak, Tadah Tangan Syukur Netizen ‘Support’ Beli


Memandangkan sudah enam bulan tidak beraksi sebagai anak seni, pelawak Ali Puteh memilih untuk berniaga sebagai usaha menjana pendapatan.

Jual baju tidur

Menerusi laman TikTok, Ali dilihat menjual pakaian tidur kanak-kanak. Antara pilihan kartun yang dijual adalah Baby Shark, Captain America, Hello Kitty, Doraemon, Squid Game, BoBoiBoy, The Avengers, Spiderman, Upin Ipin dan Batman.

Kata Ali, 34, harga yang dijual adalah RM28 untuk tiga pasang baju.

Jangan salah sangka. Kalau orang lain nak cakap saya jual mahal, terpulang. Saya tak jual sepasang tetapi sekali tiga set.

Pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan juga beberapa kali menadah tangan apabila orang ramai membeli hasil jualannya.

Alhamdulillah ada yang order lagi. Ya Allah semoga murah rezeki awak. Terima kasih banyak.

Di ruangan komen, warganet meminta adik kepada Allahyarham Abam Bocey untuk mempedulikan kata-kata daripada individu yang ‘berhati hitam.’

Selain itu, pengikut turut mendoakan agar Ali dan keluarga terus dimurahkan rezeki.

Sebelum ini, Ali berjanji akan menyelesaikan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali sebelum Aidilfitri ini.

Ali Puteh tak tahu perkembang akaun media sosial Abam

Pelawak Ali Puteh menegaskan tidak tahu menahu mengenai perkembangan akaun media sosial Abam Bocey selepas abangnya meninggal dunia tiga tahun lalu.

Jelas Ali atau pemilik nama penuh, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dia dan ahli keluarganya juga turut disekat daripada melihat akaun milik arwah abangnya itu.

“Takkan saya nak tunjuk yang saya pun sudah disekat. Apa yang boleh saya katakan adalah saya tidak tahu menahu mengenai Instagram milik arwah abang saya.

“Apa pun, Instagram ini hanya sekadar permainan industri. Apa yang penting adalah untuk memberikan bacaan Al Fatihah buat arwah abang saya.

“Bukan apa, sekiranya tidak boleh melihat akaun itu takkan saya hendak paksa pula. Bukan baru sehari dua, namun sudah bertahun sebenarnya,” katanya.

Ali ketika ditemui di rakaman Melodi Raya di Luxury Garden Hall, Cyberjaya, baru-baru ini memaklumkan proses pembayaran itu akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram (IG), dua tahun lalu.

Tegasnya, biarpun alternatif untuk berdamai di luar mahkamah pernah terlintas, namun ditolak oleh kakak iparnya iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali.

“Sebenarnya jalan untuk berdamai itu yang saya pilih namun ditolak. Mungkin jika ingin berdamai lagi akan bertambah hal. Bukan tak nak bayar, cuma kalau boleh nak bayar secara ansuran.

“Namun permohonan itu pun ditolak, jadi mesti ada yang tidak kena. Saya cuma memikirkan arwah anak abang saya yang berada di situ. Selepas tiga tahun arwah Abam meninggal dunia pun kami tidak dapat berjumpa dengan Hamzah.

“Bukan saya saja, malah arwah mak saya meninggal dunia pun tak berjumpa. Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma akan mencuba juga sebaik mungkin untuk bayar secepat mungkin,” katanya.

Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun IG antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.

Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.

Sumber: TikTok