Syamsul yusof Puji Sikap Profesional Sarah, Rupanya Ini Yang Sarah Dah Buat...
Syamsul yusof Puji Sikap Profesional Sarah, Rupanya Ini Yang Sarah Dah Buat
Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof memaklumkan hubungannya dengan anak-anak masih kekal baik walaupun sedang berhadapan kemelut rumah tangga bersama isteri pertama, Puteri Sarah Liyana. Menurut Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, isterinya memberikan kerjasama yang baik untuk dia berjumpa dengan kedua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Alhamdulillah, saya jumpa anak-anak saya. Sarah pun beri kerjasama yang baik walaupun dia failkan hak penjagaan. Bukan itu sahaja, pengarah berusia 39 tahun itu turut memuji sikap Sarah yang kekal profesional berkaitan urusan anak. Selama ini pun walaupun kami ada masalah, saya dan Sarah bersikap profesional pasal anak, masing-masing bagi kerjasama.
Menurut laporan Mstar, Syamsul telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi sebutan kes nusyuz terhadap Puteri Sarah. Bagaimanapun, kes tersebut telah ditangguhkan pada 8 Mei selepas Sarah difahamkan tidak dapat hadir ke Mahkamah kerana berada di luar negara. Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Pengarah filem Munafik itu kelihatan tenang dan meminta agar peminat di luar sana mendoakan yang baik-baik bagi permasalahan yang dihadapinya kini. Alhamdulillah ok. Doakan yang baik- baik, bulan puasa. Saya pun nak jagalah, tak nak mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya, ramadan, ramadan.
Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir. Difahamkan aktres itu kini sedang berada di luar negara untuk tuntutan kerja. Syamsul menafikan tujuan dia membuat tuntutan nusyuz itu adalah untuk membalas dendam sebaliknya hanya mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
Dalam tuntutan tersebut, Puteri Sarah didakwa telah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, masih menghubungi bekas kekasih dan memfitnah Syamsul memukul serta tidak memberi nafkah terhadap dirinya dan anak-anak.
Sumber : Beautifulnara