“Rambut nak kawin..?” Dato Hattan terlepas cakap, ini pula reaksi Shuib

Penyanyi Datuk Hattan seakan-akan memberi bayangan bahawa pelawak dan usahawan, Shuib bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Menerusi perkongsian Shuib di Instagram Story, dia menyapa Hattan dan isteri yang berada di dalam kereta.

“Wah saya punya lama tak jumpa, semoga keluarga bahagia dunia akhirat,” kata Shuib.

Di dalam video tersebut, Hattan turut memuji potongan rambut baru Shuib dan mengusiknya tentang wanita yang sedang dia rapat iaitu Watie.

“Rambut style ni. Ini yang buat Watie tak sabar-sabar ni. Rambut nak kahwin katanya,” usik Hattan. “Aduh dia cakap apa ni,” ujar Shuib tersipu malu.

Pada masa sama, pelantun lagu Gadis Jolobu mengingatkan Shuib supaya menjemputnya ke majlis perkahwinannya nanti.

“Kau jangan lupa ajak aku ke Johor aku turun, Ib,” kata Hattan. “Ye Tok,” balas Shuib.

Kemudian, Hattan bertanyakan bila akan berlangsungnya perkahwinan tersebut, namun video tersebut terhenti di situ sahaja.

Video Player
00:00
00:27

Terdahulu, Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib Sepahtu menafikan khabar angin bakal mendirikan rumah tangga, Mac ini.

Gosip tersebar gara-gara keterbukaan bapa empat cahaya mata ini yang tidak lagi berselindung mengenai hubungan bersama usahawan, Watie Hanifiah termasuk dilihat tampil berpakaian hampir sedondon ketika menyaksikan 25 Years Lah Ahmad Live In Concert, Ahad lalu.

Video kehadiran Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 38, pada konsert itu bersama Watie, tular sejak malam tadi.

“Saya mengaku menghadiri konsert Lah Ahmad kerana mendapat jemputan peribadi daripada Lah.

“Saya memang teringin menyaksikan konsert Lah tetapi tidak tahu hendak pergi dengan siapa, jadi saya ajak Watie temani.

“Saya susah dapat mengagak orang nampak dan akan ambil video. Tetapi semua pun macam sudah dapat ‘tangkap’ saya sedang mengenal hati budi dan berkawan dengannya serta keluar bersama,” katanya. Soal mahu menamatkan zaman duda, tambah Shuib, masih jauh lagi.

Sumber : xtra