Hadir mahkamah bersama jambangan ros, farid kamil buat kejutan? ini pula cakap diana danielle pada wartawan

Pelakon, Farid Kamil, 42, tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, kira-kira jam 9 pagi membawa jambangan bunga Mawar untuk isterinya, Diana Danielle, 32.

Farid menaiki kereta Vellfire berwarna putih turun sambil tersenyum. “Bunga ini untuk Diana tanda perdamaian pertama,” katanya ringkas sebelum masuk dewan bicara di mahkamah, di sini.

Sementara itu, isterinya, Diana hadir lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi. “Salam Ramadan,” katanya ringkas.

 

Diana hadir ke mahkamah lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi. Kira-kira lebih 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7 pagi untuk membuat liputan.

Farid dan Diana hadir bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan konflik rumah tangga, selepas aktor terbabit enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Sumber : BH