“Dia pergi pukul 4.30 pagi tadi..” Sudah seminggu ditidurkan.. Takziah kepada keluarga Stacy atas kehilangan insan tersayang..

SELEBRITI“Rehat dan tenanglah di sana…”- Abang Stacy meninggal dunia

Abang kepada penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak pada jam 4.30 pagi, hari ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh adik lelakinya, Aldrich yang menjaganya di hospital.

“Abang saya sudah tiada,”katanya.

Selain itu, beberapa rakan terdekat Chaq berkongsi di media sosial dan meluahkan rasa sedih atas kehilangan sahabat mereka yang juga bekas peserta Mentor musim ketiga pada 2009.

Sebelum ini, Chaq dilaporkan menerima rawatan di hospital kerana mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan di jalan raya pada 12 Mac lalu.

Menurut ahli keluarganya semalam, Chaq yang juga penyanyi sambilan bertarung nyawa walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan itu dalam kepala itu.

Dan, difahamkan sudah seminggu Chaq ditidurkan akibat kecederaan yang dialaminya iaitu beberapa organ dalamannya mengalami gangguan seperti masalah jantung, hati dan limpa turut mengalami luka.


Bahkan, tekanan darah dan jantungnya dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan.

Semalam, adik kepada Chaq iaitu penyanyi Stacy Anam turut meminta doa orang ramai agar abangnya terus kuat berjuang dan kembali sihat seperti sedia kala.

Sumber: FB Camellus De’lelli Anam, Harian Metro (Georgie Joseph)