“Aliff Bukan Malaikat.. ” – Bella Astillah Buka Cerita Apa Yg amAliff Dah Buat


Hangat diperkatakan mengenai pelakon wanita yang didakwa cuba mengganggu rumah tangganya dengan Bella Astillah, pelakon Aliff Aziz mengesahkan wanita tersebut adalah Sophia AlBarakbah.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen mengatakan kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi susulan diganggu pelakon Sophia AlBarakbah.

Menerusi komen balas di Instagram, Bella berkata Aliff bukan malaikat dan yakin suaminya itu ingin berubah.

“Sebab Aliff risaulah dia suruh saya datang set penggambaran (drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah). Aliff manusia bukan malaikat. Dia ada niat nak berubah,” tulisnya.

Semalam, Bella mendedahkan mesej perbualannya dengan Sophia. Menerusi mesej tersebut Bella mempersoalkan Sophia mengapa dia cuba lari dan tidak datang ke sidang media drama lakonannya dengan Aliff itu.

Menurut Bella, dia membuat pendedahan itu berikutan ada dakwaan mengatakan dia cuba memfitnah aktres berkenaan serta menjelaskan dia paling takut jika mengeluarkan kenyataan tidak benar.

Sementara itu, dalam mesej perbualan tersebut Sophia telah meminta maaf kepada Bella serta merayu supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada umum selepas mengaku tersuka suami orang

Diganggu Sophia, Aliff Aziz nafi gimik drama

Aktor Aliff Aziz menyangkal tanggapan ramai bahawa kontroversi berkaitan pendedahan mengenai pelakon, Sophia AlBarakbah sebagai pengacau rumah tangganya dengan Bella Astillah adalah gimik drama terbaharunya, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Aliff, 32, berkata, dia tidak akan sesekali melakukan gimik sedemikian rupa semata-mata ingin meraih populariti atau rating tinggi untuk drama lakonannya.

“Ini bukan gimik. Saya juga tak akan setuju untuk melakukan sesuatu gimik hanya untuk menaikkan sesebuah karya,” katanya pada sidang akhbar Ku Akad Kau Dengan Bismillah di sini, semalam.

Aliff yang juga seorang penyanyi berharap karya lakonannya akan mendapat tempat di hati penonton kerana jalan cerita berbanding disebabkan hal yang tidak sepatutnya.
“Semoga karya ini dapat naik dengan sendiri berbanding perlu melakukan gimik.

“Ini bukan gimik pemasaran sebab perkara sebegini bukan satu hal yang menggembirakan pun untuk saya dan juga orang lain.

“Kontroversi ini pun bukan sengaja dicetuskan atau ingin membuat kecoh tetapi berlaku dengan sendiri. Harap kita semua dapat move on dan saya menjadi insan lebih baik selepas ini,” tutur juara Gegar Vaganza musim kelapan berkenaan.

Semalam, Aliff atau nama penuhnya Muhammad Aliff Aziz mengesahkan pelakon wanita yang didakwa cuba mengganggu keharmonian rumah tangganya seperti didedahkan Bella baru-baru ini ialah Sophia.

Kemelut antara mereka semakin meledak apabila Bella bertindak memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama Sophia yang memohon maaf dan berharap isu berkenaan tidak diperbesar-besarkan.

Hal yang berlaku semalam merupakan rentetan daripada pendedahan Bella pada Ahad lalu mengenai pelakon wanita yang bergandingan dengan suaminya untuk sebuah drama mengakui jatuh cinta terhadap Aliff.

Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon berkenaan namun netizen mendakwa wanita berkenaan adalah Sophia sebelum menyerang akaun media sosial aktres itu.

Sehingga hari ini, Sophia mengambil pendekatan berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap pihak media berhubung isu membabitkan dirinya.

Dia juga dilaporkan tidak hadir pada sidang akhbar Ku Akad Kau Dengan Bismillah semalam dengan alasan sibuk menjalani penggambaran drama.

kredit:roti kaya