Peminat teruja jumpa depan2, Tetap kerja biarpn ditinggal suami. Reaksi sarah buat ramai trsentuh

Sejak minggu lalu, isu rumah tangga Puteri Sarah Liyana hangat diperkatakan selepas suaminya buat kejutan sudah berkahwin dua. Walau bagaimanapun, dia tetap `tenang’ membetulkan beberapa kenyataan daripada pasangannya selain memberi sokongan moral kepada kedua-dua ibu bapa mentuanya yang masih terkejut mendengar khabar itu.

Teruja terserempak Puteri Sarah tengah shooting… sanggup pusing sampai 3 kali. Menerusi TkTok, pemilik akaun @fasha89 sempat merakam kelibat Puteri Sarah yang kebetulan sedang menjalani penggambaran drama bersama Hannah Delisha di kawasan pejalan kaki di Bangi.

Gara-gara terlalu teruja, wanita berkenaan malah akui sanggup melintasi kawasan tersebut sebanyak 3 kali.

Tanggungjawab jangan dipersiakan…kalau kita mudahkan orang lain, Allah akan mudahkan kita
Melalui perkongsian video oleh salah seorang kru penggambaran pula, Puteri Sarah dilihat tetap profesional dan ceria walaupun dirinya sedang ditimpa ujian besar melibatkan rumah tangganya.

Apabila ditanya, aktres tersebut berkata dirinya hadir ke set penggambaran atas dasar tanggungjawab. Dia malah percaya jika memudahkan hal orang lain, nanti Allah juga lancarkan urusan kehidupannya.

Dia profesional dengan kerja, tak campur aduk masalah…semoga terus kuat dan bersemangat
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum serta memuji kecekalan Puteri Sarah.

Video Player
00:00
00:48

Dalam pada itu, mereka sempat menitipkan doa semoga selebriti berkenaan terus kuat dengan segala dugaan yang melanda dirinya.

“semestinya sarah ni istimewa sangat di sayangi mertuanya…..semoga Sarah dikurniakan seorang suami yang lebih baik…amin” “kalau jumpa, nak jumpa depan2.. Nak pelok dia.. Tu pon kalau dia ok lah”

“Moga dipermudahkan segala urusan sarah & anak2 & keluarga..”