Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Kahwin kali kedua..wanita tiba-tiba dapat talak 3 ketika hamil 2 bulan! Selepas bersalin bayi tengah menyusu dibawa lari.. ",-

Kahwin kali kedua, wanita tiba-tiba dapat talak 3 ketika hamil 2 bulan! Selepas bersalin bayi tengah menyusu dibawa lari

OLEH MSTAR 2 JANUARI 2023 2:30 PETANG

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Siapa sangka, perkahwinan kali kedua wanita ini akhirnya terlerai sekali lagi di tengah jalan.

Lebih memilukan apabila perpisahan berlaku ketika wanita ini yang dikenali sebagai Izzatie sedang hamil dua bulan, pada 30 Januari 2022.

Tanpa sebarang alasan yang kukuh diberikan, Izzatie diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga.
Selepas berpisah, wanita ini terpaksa meneruskan kehidupannya membesarkan anak-anak dan menjaga bayi dalam kandungannya seorang diri.

Hubungan dibina Izzatie dan suami berakhir dengan penceraian talak tiga. (Gambar hiasan)

âДSaya reda dengan apa yang terjadi. Tapi saya tetap kuat demi anak-anak. Terima kasih anak-anak sentiasa ada dengan saya waktu sedih, gembira dan susah. Wajah (anak) inilah yang sentiasa ada dengan saya,â ujar wanita ini dalam video perkongsiannya.

Bercerita lanjut, dia turut berkongsi kisah bagaimana dia terpaksa â□□bertarungâ☐☐
kehidupan tanpa suami di sisi ketika melahirkan bayinya.

Ketika ditanya jururawat tentang keberadaan suami, Izzatie tidak mampu menjawab soalan tersebut dan dalam masa sama enggan kakitangan hospital tahu bahawa dia sudah bercerai.
Izzatie terpaksa melahirkan bayinya menggunakan alatan vakum kerana bersaiz besar dengan berat 3.75 kilogram.

Setelah 10 bulan dijatuhkan talak, Izzatie diminta untuk ke mahkamah bagi mengesahkah penceraian mereka.

âДSaya kena naik court untuk buat pengesahan cerai. Hakim terkejut saya
Izzatie mempertahankan hak penjagaan anaknya.

â Hakim tanya pada responden (suami) apa sebab bagi tiga sekali gus. Tapi responden enggan memberikan jawapan.

â☐☐Тapi tak apalah asalkan segala urusan penceraian dipermudah. Itu saja saya minta,â katanya.

Namun, Izzatie sekali lagi terpaksa menghadirkan diri ke mahkamah pada 5 Disember bagi menentukan hak penjagaan anak.

Dakwanya yang memiliki empat cahaya mata (tiga anak hasil perkahwinan
<

pertama), bekas suami tidak langsung menjaga kebajikan anak-anak sejak dia mengandung.

Tengah bayi menyusu badan umur tiga bulan. Dia ambil baby bawa lari. Dia cakap nak ambil sekejap saja tapi banyak alasan lepas dapat. NUR IZZATIE SOFIA

Malang bagi wanita ini apabila dia dan anak kecilnya terpaksa berpisah ketika bayi itu baru berusia tiga bulan.

â☐☐Tengah bayi menyusu badan umur tiga bulan. Dia ambil baby bawa lari. Dia cakap nak ambil sekejap saja tapi banyak alasan lepas dapat (bayi).

âSaya tiada pilihan. Saya terpaksa berjuang untuk mengambil anak saya kembali.

â Saya bawa perut sana sini, alahan sakit perut tengah malam... dia tak peduli dan tak ambil tahu pun. Tapi kenapa bila baby dah keluar nak ambil pula,â katanya.