"Harta Tak Akan Jamin Apa-Apa...",-4Tahun Pendam Rasa, Kini Sarah Sudah Kering Air Mata
Harta Tak Jamin Apa-Apa? 4Tahun Pendam Rasa, Kini Sarah Sudah Kering Air Mata
Sejak rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga, Puteri Sarah dilihat berusaha untuk mempertahankan sekaligus memohon doa agar segalanya baik-baik sahaja. Namun apabila sudah masuk ke tahun ke-4 dan hanya dia sahaja yang bersungguh, akhirnya perpisahan sahajalah menjadi penyelesaian.
Biar masa yang menentukan – Puteri Sarah. Beberapa tahun lalu menerusi rancangan ‘Melodi’, pelakon Puteri Sarah telah ditemu bual bagi menjawab segala persoalan berhubung kemelut rumah tangganya dengan Syamsul.
Sepanjang sesi wawancara tersebut, selebriti berkenaan kelihatan teresak-esak menangis bagaikan meluahkan segala keperitan yang terpendam dalam hati selama ini. Sarah kelihatan lebih tenang waktu menjawab semua soalan pihak media
Tetapi Puteri Sarah kelihatan sangat berbeza sewaktu hadir ke Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan perpisahan terhadap suami. Dia tampil dengan lebih tenang dan tidak henti-henti melemparkan senyum manis kepada orang ramai.
Bahkan selebriti berkenaan langsung tidak menitikkan air mata meskipun soalan yang ditanya oleh pihak media kebanyakannya agak sensitif. Dulu Sarah dah banyak menangis tapi kini masa untuk dia bangkit
Menjengah ke ruangan komen, ramai berasa sebak melihat kekecewaan aktres berkenaan dalam temubual beberapa tahun lalu. Selain itu, rata-rata netizen beranggapan bahawa kini Puteri Sarah sudah lebih kuat untuk berhadapan dengan konflik yang melanda rumah tangganya.
“Dulu punya air mata seorang isteri yang masih ingin mempertahan kan mahligai. Sekarang bila dah tawar hati air mata pun dah tak kan jatuh dah.”
“Nampak tak beza seorang perempuan. bila dia sayang, jatuh air mata. bila dah × da rasa (heartless).. 1 titik air mata pon x jatuh dh. be strong sarah”
Sumber : erinsakura