Dia berani ‘sound’ Mas Idayu 8 tahun lalu. Ini kata2 dia bila netizen berjaya kesan


Semenjak kontroversi yang melibatkan penyanyiSissy Iman bersama penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu yang lantang mengkritiknya ketika persembahan bertemakan ‘tradisional’ di pentas program Famili Duo pada minggu keenam, pelbagai video lalu ‘diungkit’ kembali oleh netizen di media sosial.

Termasuklah, sebuah video yang memaparkan seorang peserta lelaki yang tidak gentar mengkritik Mas Idayu ketika uji bakat Mentor Legend 2014 telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Pun begitu, selepas diselidik oleh netizen baru-baru ini, akhirnya akaun TikTok milik peserta lelaki tersebut telah ditemui dan rupa-rupanya, jejaka tersebut dikenali sebagai Sofian dan dipercayai kini sedang bekerja sebagai penjual kereta.

“Ada yang cari ke haaa?” Soalnya ringkas di ruangan kapsyen.

1 Malaysia cari abang!

Difahamkan, video yang tular itu dipercayai berlaku ketika Sofian berusia 22 tahun dan kini dia sudahpun berusia 31 tahun memandangkan ia telah berlaku lapan tahun yang lalu.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa keterujaan mereka selepas menjumpai Sofian kerana hanya dia sahaja individu yang berani mengkritik semula kata-kata Mas Idayu

Terima kasih wakilkan kami, abang memang terbaik!


Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sofian kerana pernah menjadi wakil untuk orang ramai di luar sana yang kurang bersetuju dengan cara kritikan Mas Idayu terhadap seseorang

kredit:omm