Bersalin Tanpa Ditemani, `Influencer` Sedih Suami Tak Endah Mesej Minta Azankan Bayi

Seorang influencer wanita telah meluahkan rasa hati apabila mengenangkan nasib dirinya yang perlu melalui proses bersalin sendirian tanpa ditemani sesiapa.

Suami tiada menemani

Menerusi perkongsian influencer yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau biasa disapa Cik Pia di aplikasi TikTok, dia telah memuat naik video ketika di katil wad bersalin sambil meninggalkan kapsyen berasa sedih apabila melihat para suami hadir menemani isterinya selepas bersalin, sedangkan dia tidak.

“Saya masih kuat, tolak beg, masuk wad sendiri. Saya masih tahan & kentalkan hati. Tapi bila dekat katil air mata terus jatuh jatuh sebab cemburunya sata kiri kanan saya ada suami yang setia menemani isterinya,” tulisnya.

Ditinggalkan suami dalam keadaan hamil

Dia juga memaklumkan yang suaminya langsung tidak mahu datang untuk mengazankan anaknya dan tidak membalas sebarang mesej yang dihantar, begitu juga mesej yang dihantar kepada ayah lelaki tersebut.

Menerusi kapsyen yang disertakan lagi,  dia menyatakan yang terdetik rasa cemburu apabila melihat kiri dan kanannya ada suami-suami yang menemani isteri tercinta.

“Saya ada mesej ayahnya untuk datang azankan zuriat dia tetapi tetap sama, tak ada respon. Saya bukan nak patah balik pada dia cuma saya nak dia ada tanggungjawab pada anak-anak je. So tak adalah nanti fitnah sata kata saya tak bagi tengok.
Kenapa saya menangis bukan sebab saya sedih ditinggalkan tetapi sebab tak tahu kenapa ditinggalkan untuk kali kedua dan dia tinggalkan bersama anak yang baru nak kenal dunia. Dengan tak ada bisnes, tak ada pendapatan, beban hutang kereta, tak ada nafkah. Kenapa buat macam ni dan buat lebih teruk dari yang pertama kali ditinggalkan,” ujarnya.

Rasa nak peluk kuat2

Perkongsian tersebut telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata menzahirkan rasa simpati terhadap wanita itu.

Ada juga di antara mereka yang pernah mengalami nasib sama dan turut meninggalkan kata-kata semangat supaya influencer itu kuat serta tabah mengharungi dugaan ini.

Makan sambil menangis tu memang sakit

Ramai yang pernah alami masalah sama

Semoga diperluaskan hati & rezeki

Semoga Allah permudahkan urusan

Lepas Ni , Lelaki Ni Merayu Macam Mana Pun Tolong Jgn Terima,Dia Bukan Lah Lelaki Yg Baik …Cik Pia Boleh Hidup Tanpa Jantan Tak Guna Tu Insyaallah, Semoga Cik Pia Dipermudahkan Segala Urusan, Dimurahkan Rezeki Aamiin… Jantan Tu Akan Terima Balasan Nya ,Doa Isteri Teraniaya Ni Yg Senang Dimakbulkan Allah…Hati2 Lah

Hehe Saya Pun Pernah Kena. Sepanjang Sakit Tu Mmg Keseorangan Sampai Kena Masuk Bilik Operate. Tp Azan Tu Dia Ada La Kot Saya Tak Tahu Sb Dok Layan Sakit. Be Strong Ye Kak. One Day Akan Ada Seorang Lelaki Akan Jaga Kita Dengan Baik. Allah Tu Maha Penyayang

Sy Selalu Backup Suami2 Kak…Tp Kalau Suami Mcm Ni Elok La Tgal…Bkn Ape…Rasa Tanggungjawab Kalau Da Xde Itu Bkn Lelaki…Itu Jantan X Gune…Haih Panaih Plk Baca , Walaupun Baca Tajuk Je

Cian Cik Pia…Smge Kuat Ya …Dan Utk Si Suami Tu…Hrp Brtobat Lah..Sdr Ckit Tnggungjwb Tu Msh Prlu Dilaksanakan…..Bt Ank Taw..Tnggungjwb Lesap….Cuba Jgn Anaya Ke Pmpuan..

Kalu Bsalin Tanpa Ditemani Tu Normal Bg Sesetengah Ibu2… Tp Kalu Dah Bsalin, Suh Azan Kan Ank Sdiri Pon Xnak, Tu Yg Pedih Mdalam…

Tak Kira Sapa Betul Or Salah Dlm Tggungjwap Ank2 Ni Sebagai Ayah Kena Ada…Kalau Si Isteri Bsalah Dimata Ko Biar La Janji Ko Sepatutnya Fikir Ank2 Yg Tak Bdosa…Tolong Jd Lelaki Yg Btnggungjwap…

Sumber OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih