Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Puteri Sarah Nangis Tk BerlagušŸ˜­LIHAT GAMBAR NIKAH SUAMINYA & IRA KAZAR? Didedahkan Oleh Wanita Ini.."

Puteri Sarah Nangis Tk Berlagu, LIHAT GAMBAR NIKAH SUAMINYA & IRA KAZAR? Didedahkan Oleh Wanita Ini



  • Spekulasi rumah tangga Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah semakin bertiup kencang apabila timbul dakwaan pengarah itu kononnya sudah menikahi dengan wanita yang sering dikaitkan dengannya, Ira Kazar.

Puteri Sarah melalui IG Story miliknya malam tadi, menyatakan bahawa ada seorang individu mendedahkan perkara itu. “Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti suatu hari nanti. Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran.

“Saya tidak mahu terbabit dengan toksik. “Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-dua toksik,” katanya.

Ulasan penuh oleh kokoci tv:

Mengiringi hantaran itu, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin berkata, dia sebahagiannya tidak mahu percaya dan selebihnya tidak kisah dengan dakwaan terbabit.

Tetapi katanya, dia mengagak perkara itu sudah berlaku sebelum anak mereka, Sumaiyah dilahirkan pada 2019.

“Orang sekeliling kita kadang kala boleh jadi narsistik dan manipulatif. Kejamkan manusia? Pilihlah orang sekeliling dengan bijak. Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir,” katanya.

Melalui posting terbaru Datin Patimah Ismail, dia seakan meluahkan rasa sedih melihat apa yang dilalui oleh Puteri Sarah dan berdoa semoga Allah terus memberikan kebahagian kepada menantunya serta cucu-cucu tersayang.

Semoga Sarah temui kebahagian abadi. Dia juga berharap agar pelakon drama Suri Hati itu mendapat kebahagiaan yang abadi dan berharap supaya Puteri Sarah terus kuat dalam menghadapi dugaan dalam rumah tangga yang sedang dihadapi olehnya.

Untuk rekod, Syamsul Yusof ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana mendakwa memberikan maklumat tidak tepat kepada isteri dan keluarganya berhubung isu bernikah satu lagi.

Namun begitu, Puteri Sarah telah meminta agar pengarah terbabit berterus terang dan mengakui apa yang dilakukan terutamanya melibatkan isu bernikah lagi dengan seorang wanita lain.

Sumber : Boom-malaysia dan yt kokoci tv